UMT Terima Kemasukan 2,298 Pelajar Ijazah Sarjana Muda

KUALA TERENGGANU, 6 Sept (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 2,298 pelajar dalam 26 program ijazah sarjana muda untuk sesi Sept 2012/2013.

Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata daripada jumlah itu, sejumlah 1,677 adalah pelajar wanita.

“Sebanyak 1,468 pelajar memilih aliran Sains dan selebihnya aliran Sains Sosial. Saya dapati ada empat pelajar yang mempunyai CGPA 4.0 memilih UMT sebagai pilihan pertama.

“Isu ini penting kerana kalau kita mahu hasil yang cemerlang, pelajar yang masuk juga kena cemerlang. Seeloknya pelajar yang masuk juga memilih UMT sebagai pilihan pertama mereka.

“Jadi, mungkin pada masa akan datang, saya akan gunakan pilihan pertama pelajar dan juga purata CGPA untuk setiap fakulti sebagai KPI (indeks prestasi utama) bagi UMT. Kita mahu lihat peningkatan minat pelajar yang baik untuk datang ke sini,” katanya kepada Bernama selepas majlis ikrar pelajar baru.

UMT kini mempunyai 7,738 pelajar dan 26 program ijazah sarjana muda dan satu diploma iaitu dalam bidang perikanan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s