Membujang hingga akhir hayat

SENI (kiri) bersama adiknya, Akmal menunjukkan gambar Ahmad yang ditemui mati akibat diserang penyakit jantung di Taman Pelangi, Johor Bahru kelmarin.

KUALA TERENGGANU – “Setiap kali kami bertanyakan mengenai soal jodoh, dia asyik memberikan jawapan tak perlu tergesa-gesa, tak perlu gaduh-gaduh. Tak sangka impian untuk melihatnya berkahwin tidak kesampaian.”

Demikian rintih Seni Hassan, 66, kakak pegawai kastam, Ahmad, 54, yang meninggal dunia akibat diserang sakit jantung selepas mengalihkan keretanya di kuarters kastam Taman Pelangi, Johor Bahru kelmarin.

Kata Seni, dia tidak menyangka adiknya yang merupakan Timbalan Pengarah Bahagian Pematuhan Kastam, Larkin, Johor akan membujang hingga ke akhir hayatnya.

“Dia anak ketiga dari sembilan beradik dan ibu bapa kami sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Kami ingin sangat melihat dia mendirikan rumah tangga tetapi dia kerap memberikan jawapan tunggulah dulu, tak payah gaduh-gaduh (terburu-buru).

“Jawapannya itu membuatkan kami tidak lagi membicarakan mengenai soal jodoh dan akur sahaja dengan kehendaknya,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Wakaf Che Kapur dekat sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, dalam kejadian pukul 4.11 pagi itu, Ahmad ditemui terbaring dan tidak bernyawa selepas mengalihkan keretanya jenis Honda Civic kira-kira 30 meter dari rumahnya apabila mendapati kediaman jirannya terbakar akibat dilempar dengan bom petrol.

Menurut Seni, adiknya yang pendiam tidak menunjukkan perubahan sikap ketika ditemui di kampung mereka pada sambutan hari raya lalu.

Tambahnya, dia bercuti selama seminggu pada lebaran lalu dan adiknya tidak menjawab panggilan selepas pulang ke Johor.

“Biasanya dia akan telefon semula tetapi entah kenapa dia langsung tidak berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu di Johor Bahru, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun pada pukul 4 pagi semalam di kawasan Gelang Patah bagi membantu siasatan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s