TIIAF bakal jadi acara tahunan – Ahmad

Sultan Mizan Zainal Abidin diberikan penerangan mengenai tulisan khat oleh Dr. Halit Eren (kiri) sambil diperhatikan Ahmad Said pada Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2012 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 15 Sept. – Kerajaan negeri bercadang menjadikan Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIAF) 2012 sebagai acara tahunan yang menarik tumpuan masyarakat antarabangsa terhadap kepelbagaian daya tarikan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, program perintis bagi menyubur dan memperkasakan kesenian Islam dengan kepelbagaian produk termasuk hiburan akan cuba dipastikan dapat terus dilaksanakan berdasarkan pengiktirafan yang diperoleh.

Katanya, ia sejajar dengan pengiktirafan terhadap festival ini daripada Institut Penyelidikan Sejarah, Seni dan Kebudayaan Islam (IRCICA) yang bernaung di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

”TIIAF 2012 menawarkan keunikan dengan kepelbagaian format berbanding dengan festival seumpamanya yang dianjurkan di merata pelosok dunia.

”Walaupun kaligrafi Islam menjadi asas kepada festival ini, ia mencambahkan cabang lain dengan kegiatan hiliran dan rantaian termasuk melahirkan penulis khat bertaraf dunia,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perasmian TIIAF 2012 di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dengan upacara simbolik iaitu melengkapkan sapuan warna kepada khat batik yang dihasilkan oleh dua pelukis tempatan ketika diiringi persembahan oleh Mohram dan artis ternama dari Perancis, Bahman Panahi.

Selain cadangan mewujudkan Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa di TTI, Ahmad berkata, kerajaan berharap pelbagai produk berasaskan khat dapat diteroka dan diketengahkan untuk pasaran dunia, sekali gus meluaskan hubungan dagang dengan kesemua negara anggota OIC.

”Kekayaan dan kepelbagaian seni persembahan berteraskan Islam termasuk dengan pengenalan ‘muzikhat’ pula boleh menjadikannya TTI menyumbang kepada perkongsian budaya dunia,” katanya.

Sementara itu, festival anjuran kerajaan negeri selama empat hari yang bermula semalam menarik penyertaan wakil 17 negara.

Festival yang terbuka kepada umum secara percuma itu dipenuhi dengan pertandingan penulisan khat, pameran dan bengkel oleh penulis khat ternama dunia.

Di samping itu, ia memaparkan demonstrasi eksperimentasi khat dan batik, persembahan muzikal Islam melalui Konsert Amanat Muzikhat dan pelbagai produk berasaskan kaligrafi.

Ia juga dimeriahkan dengan pertandingan sukan rakyat bagi mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat, pertandingan mendayung serta pelbagai aktiviti jualan di samping pameran dari Maghribi.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kesenian & Kebudayaan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s