Dua beranak nekad kejar peragut

KUALA TERENGGANU 20 Sept. – Berang kerana menjadi mangsa ragut, seorang gadis bersama ibunya nekad mengejar penjenayah lelaki itu dengan motosikal sehingga suspek berjaya ditangkap penduduk tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Paya Limau Amas, Batu Enam di sini kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam ketika mangsa, Nursuzilamuni Mohamad, 21, dan ibunya, Rohana Aziz, 39, baru pulang dari kedai dengan menunggang motosikal.

Menurut Nursuzilamuni, tiba-tiba muncul seorang lelaki bermotosikal memakai baju kemeja lengan panjang dan kain pelekat meragut beg tangannya dari belakang.

Kejadian itu katanya, berlaku terlalu pantas dan dia secara spontan terus memecut motosikalnya untuk mengejar suspek kerana marah.

“Masa itu, saya hanya fikirkan beg saya kerana ada macam-macam dokumen di dalamnya termasuk telefon bimbit, wang dan kad pengenalan. Ibu juga suruh saya kejar peragut itu sampai dapat,” katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s