Lagi 2,000 pelajar bakal terima BKP

KUALA TERENGGANU 23 Sept. Utusan – Kira-kira 2,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini yang merupakan penerima baru Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) Kementerian Pelajaran akan mendapat surat tawaran selewat-selewatnya awal Oktober ini.

Penolong Pengarah (Tajaan) Biasiswa, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Norehan Sulong berkata, senarai penerima yang layak telah diperoleh dan penghantaran surat tawaran sedang dilakukan.

Menurut beliau, pelajar yang layak akan menerima biasiswa sebanyak RM70 sebulan, kecuali pelajar tingkatan enam aliran sastera yang akan menerima sebanyak RM90 sebulan dan tingkatan enam aliran sains sebanyak RM110 sebulan yang membabitkan peruntukan kira-kira RM2.6 juta.

”Mereka merupakan pelajar tingkatan satu dan tingkatan enam rendah daripada kira-kira 8,000 permohonan yang diterima, ” katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, pada tahun ini Kementerian Pelajaran memperuntukkan kira-kira RM15.2 juta untuk membiayai BKP kepada kira-kira 17,800 pelajar di negeri ini termasuk 2,000 penerima baru.

Katanya, pada tahun lalu pihak jabatan menerima peruntukan kira-kira RM14.5 juta melibatkan kira-kira lebih 17,600 pelajar.

Norehan menambah, pelajar yang layak memohon BKP itu bergantung kepada beberapa kriteria yang ditetapkan iaitu pendapatan keluarga RM1,500 ke bawah, cemerlang akademik dan kokurikulum.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s