RM5 juta bantu usahawan tani

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI – utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 22 Sept. – Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) berhasrat memperuntukkan kira-kira RM5 juta di bawah Dana Usahatani Terengganu (Duta) sebagai pinjaman modal kepada golongan usahawan di negeri ini tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Asha’ari Idris (gambar) berkata, ia bagi membantu mereka yang benar-benar ingin menceburi bidang pertanian dan industri berasaskan pertanian.

Menurut beliau, melalui dana berkenaan, pemberian subsidi dapat dikurangkan sekali gus mengurangkan pergantungan kepada bantuan kerajaan selain mendidik usahawan tani menjayakan projek demi masa depan mereka.

“Jika diluluskan dalam Bajet 2013, mereka boleh memohon pinjaman modal projek dengan had maksimum RM50,000 yang perlu dibayar balik dalam tempoh tertentu.

“Kita yakin, melalui cara ini dapat melahirkan usahawan yang benar-benar mahu berjaya kerana mereka perlu membayar pinjaman berbanding sebelum ini hanya menerima subsidi dan tidak perlu bimbang jika projek gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPNT Kali Ke-28 yang turut dihadiri Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNT, Datuk Wan Zakaria Abdul Rahman dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (LPPNT), Shamsuddin Mat Rani di Wisma Peladang, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Pertubuhan Peladang Kebangsaan turut menyerahkan zakat sebanyak RM740,253 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam).

Pada majlis sama, empat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) menerima anugerah atas kecemerlangan mereka iaitu PPK Gerai yang dipilih sebagai PPK Terbaik, PPK Maras/Batu Rakit (Tambahan Saham 2011 Tertinggi – RM420,000) dan PPK Jerangau (Saham Terkumpul Tertinggi 2011 – RM1.29 juta).

Turut menerima PPK Bukit Payung (Langganan Input Tertinggi 2011) (RM1.37 juta) dan PPK Keranda (Projek MEP Pertubuhan Peladang Terbaik Musim 2/2011).

Beliau turut berharap lebih ramai usahawan berkualiti dapat dilahirkan selain mampu meningkatkan produk agar hasrat kerajaan mewujudkan kawasan Pembangunan Kawasan Agro Makanan (PKAM) seluas empat hingga 20 hektar di setiap mukim dapat dijayakan.

Jelasnya, ia bertujuan meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara sekali gus mengurangkan pergantungan negara kepada bekalan dari luar.

Untuk tujuan itu, tambah beliau, tiga kawasan iaitu Kemaman, Serating dan Rhu Tapai dipilih melaksanakan projek sayur tanaman mini menjelang tahun depan.

“Kita akan tawarkan kepada penduduk mengusahakan tanah terbiar milik kerajaan dengan menanam pelbagai tanaman jangka masa pendek untuk dijual selain memenuhi keperluan mereka.

“Bagaimanapun, mereka perlu ingat tanah itu diberi untuk diusahakan dan bukannya menjadi hak milik,” jelasnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s