Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dianugerah DK Terengganu

TENGKU Mustafa Kamel (kiri) mewakili Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK) kepada Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dalam istiadat di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 24 Sept. Utusan- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini dianugerahkan Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Yang Pertama (DK) dalam satu majlis istiadat di Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Darjah kebesaran itu disampaikan oleh Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah yang mewakili Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah.

Terdahulu rombongan dari Istana Terengganu tiba di Istana Seri Menanti pada pukul 11.30 pagi yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah; Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Tengku Bentara Raja, Datuk Seri Tengku Ibrahim Hussain; Ketua Istiadat, Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Terengganu, Datuk Mohd. Yasim Awang serta Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s