6,000 hektar petai belalang bakal dituai

Ahmad Said membuat lubang untuk menanam petai belalang sambil diperhatikan Jebasinggam Isaac John (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Tanaman Petai Belalang di Hutan Simpan Kekal Merchang, Marang, semalam.

MARANG 27 Sept. – Pokok petai belalang yang banyak memenuhi kira-kira 6,000 hektar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Mercang dekat sini, bakal dituai bagi memenuhi keperluan awal sumber biojisim apabila Kompleks Biopenapisan di Taman Bio Polimer Kertih beroperasi kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk tempoh dua tahun pertama, jumlah pokok yang tumbuh meliar di situ dijangka mencukupi, sementara menantikan hasil tanaman secara perladangan digerakkan dengan turut menarik penglibatan masyarakat.

“HSK Mercang mempunyai kawasan seluas 9,000 hektar dan kita yakin dengan sebahagian lagi yang masih dipenuhi dengan pokok petai belalang dapat memenuhi keperluan kilang-kilang di Kertih kelak.

“Selain itu, untuk peringkat awal ini juga, beberapa kawasan lain akan ditanam dengan tiga jenis petai belalang iaitu dari tempatan, Thailand dan Australia bagi melihat jenis yang mana bakal memberi pulangan yang lebih menguntungkan untuk kita terus usahakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan penanaman petai belalang di HSK Mercang dekat sini hari ini.

Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw, Pengarah Perhutanan negeri, Azmi Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Kompleks Biopenapisan yang bakal menjadi pusat pengoperasian bioteknologi terbesar di rantau Asia itu dijangka mula beroperasi pada 2014.

Pembangunan industri berasaskan bioteknologi itu turut mendapat kerjasama kerajaan negeri dengan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) dan NSE Resources Corporation Sdn. Bhd. (NSERC) yang dijangka dapat menarik pelaburan sehingga RM7 bilion menjelang 2015.

© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s