CIDB Latih Lebih 54,000 Belia Dan Pekerja Binaan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 28 Sept (Bernama) — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Terengganu telah melatih 54,240 belia dan pekerja binaan di negeri itu bermula tahun 1999 hingga bulan lepas.

Pengarah CIDB Terengganu Ahmad Farrin Mokhtar berkata dari jumlah itu seramai 20,001 mengikuti latihan kemahiran personal/pekerja binaan, akreditasi personel/pekerja binaan (19,308) dan selebihnya mengikuti latihan kemahiran belia.

“Berdasarkan kajian lepasan pelatih (yang) telah dibuat, lebih 80 peratus daripada lebih 14,000 belia yang mengikuti latihan itu telah bekerja dalam bidang pembinaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji.

“CIDB telah melatih mereka di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur di Kampung Jenagor, Kuala Berang yang ditubuhkan pada tahun 1999 dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan,” katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata antara bidang kemahiran yang menjadi fokus CIDB Terengganu dalam menyediakan keperluan tenaga kerja tempatan berkemahiran tinggi ialah industri minyak dan gas.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s