PBSNT Tolak Rayuan Butler Kerana Tiada Merit

KUALA TERENGGANU, 27 Sept (Bernama) — Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Khamis menolak rayuan yang dikemukakan oleh Peter James Butler berhubung keputusan Jawatankuasa Tatatertib PBSNT mengenakan hukuman gantung selama enam bulan terhadap bekas jurulatih negeri itu.

Jawatankuasa Rayuan PBSNT, yang bersidang di sini, menolak permohonan rayuan jurulatih berbangsa Inggeris itu dengan alasan ia tidak berasas dan tidak ada merit.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Mat Yusoff Mohamed berkata selepas menimbang alasan yang dikemukakan dalam rayuan itu, pihaknya berpendapat keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu adalah betul dan tepat.

“Bagaimanapun, beliau (Butler) boleh mencabar keputusan PBSNT dengan membuat rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa tujuh hari mulai hari ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu yang turut dihadiri oleh Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh.

Pada 17 Sept lepas, Jawatankuasa Tatatertib PBSNT memutuskan untuk menggantung Butler selama enam bulan dan mengenakan denda RM4,000.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s