Peteh Seru Anggotanya Tidak Terlibat Dengan Demontrasi ‘ABC’ Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU, 27 Sept (Bernama) — Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (Peteh) Khamis menyeru semua ahli kelab itu supaya tidak menyertai Demonstrasi Asal Bukan Che Mat (ABC) yang dijadualkan, Sabtu ini.

Setiausaha Peteh, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata demonstrasi yang bertujuan mendesak Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh digugurkan tidak mendatangkan keuntungan kepada pembangunan bola sepak di negeri itu.

“Penyokong sepatutnya menghargai jasa dan pengorbanan Che Mat sehingga Terengganu menjadi salah sebuah pasukan disegani di tanah air.

“Penyokong tak boleh sesuka hati desak untuk gugurkan (Che Mat). Hanya dalam mesyuarat agung PBSNT sahaja yang boleh menggugurkan Che Mat dalam badan induk itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata penyokong patut melihat kejayaan Che Mat pada musim 2011 dengan membawa Terengganu ke final Piala Malaysia dan Piala FA serta muncul nain juara Liga Super.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s