Terengganu sedia bayar bonus

Oleh RADHUAN HUSSAIN – utusanterengganu@utusan.com.my

Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan hadiah kepada pemenang berkerusi roda lelaki, Daniel Lee sambil disaksikan oleh Ahmad Said pada majlis penyampaian hadiah Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012 di Batu Buruk, Kuala Terengganu, semalam. -MINGGUAN/AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 29 Sept. – Kerajaan negeri akan mengikut langkah Kerajaan Pusat untuk membayar bonus sebulan setengah gaji kepada kira-kira 18,000 penjawat awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengesahkan perkara itu berkata, bagi tujuan itu, pihaknya akan menyediakan sejumlah peruntukan untuk diagihkan kepada seluruh kakitangan kerajaan di negeri ini.

“Kita akan ikut Kerajaan Pusat (bayar bonus), kita beri bonus sebulan setengah gaji seperti yang dibuat Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Larian Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Bangau, Batu Burok di sini hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam yang turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk membayar bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam.

Bayaran bonus itu akan dibuat dua kali iaitu setengah bulan pada Disember ini manakala selebihnya pada Januari depan. Sementara setengah bulan lagi telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri tempoh hari.

Ahmad seterusnya berharap rakyat negeri ini termasuk penjawat awam sentiasa berterima kasih atas keprihatinan kerajaan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan seperti bayaran bonus, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dana hari perayaan dan sebagainya.

Menurutnya, jika rakyat mengekalkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), segala bantuan itu akan diteruskan dan mereka tidak akan menikmati peluang seumpama itu sekiranya memilih pembangkang untuk berkuasa.

“Apa yang penting BN terus memerintah Terengganu dan bantuan seperti BR1M, wang ihsan dan dana raya untuk rakyat dapat diteruskan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ahmad turut melahirkan rasa syukur sambil menyifatkan intipati Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri semalam sebagai yang terbaik untuk dinikmati semua pihak.

Beliau berharap agar segenap lapisan masyarakat terutama kakitangan kerajaan berpuas hati dengan pelbagai insentif kerajaan dalam bajet tersebut yang kesemuanya untuk kesejahteraan mereka.

“Bajet yang dibentangkan Perdana Menteri semalam menunjukkan kerajaan telah mengubah prinsipnya untuk dinikmati rakyat dan kakitangan kerajaan juga perlu bekerja lebih keras lagi,” katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s