Terengganu Harap Dua Ayam Tambatan Kuasai Berbasikal Terbuka Perlis

KUALA TERENGGANU, 1 Okt (Bernama) — Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) menyandarkan harapan kepada dua ayam tambatannya, Mohd Saiful Anuar Aziz dan Mohd Nur Umardi Rosdi, bagi menguasai kategori senior terbuka Kejohanan Berbasikal Terbuka Perlis, yang bermula Khamis ini.

Ketua Jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berharap pelumba terbabit mampu mengulangi kecemerlangan mereka di Kejohanan Lumba Basikal GP Kebangsaan Sirkit 3 Sarawak 2012 baru-baru.

“Di Sarawak, Mohd Saiful Anuar muncul juara manakala Mohd Nur Umardi naib juara, dan kita harap mereka mampu mengulangi prestasi terbaik mereka pada kejohanan di Perlis nanti.

“Selain itu, kita harap seorang lagi pelumba kita, Mohd Iskandar Fitri Ahmad Sabti, mampu menguasai kategori junior terbuka,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata pasukannya tidak memandang rendah keupayaan pelumba yang menyertai kejohanan itu, dan kini sudah 80 peratus bersedia menghadapi kejohanan empat hari tersebut.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s