Gembira mandi laut tukar tragedi

Oleh ZATUL IFFAH ZOLKIPLY zatuliffah@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Kegembiraan seorang lelaki mandi di laut bersama lima sepupunya berakhir dengan tragedi apabila dia lemas di pantai Chendering, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.20 petang, Syed Ahmad Saufi Tuan Mohamed, 26, dari Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, bersama lima sepupunya mandi di pantai sebelum dilihat terkapai-kapai dan hilang ditelan ombak.

Mayat mangsa ditemui 600 meter dari lokasi dia tenggelam pada jam 1.50 petang semalam dalam keadaan terapung sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, untuk bedah siasat.

Bapanya, Tuan Mohamed Tuan Long, 62, berkata kali terakhir dia bertemu Syed Ahmad Saufi jam 5 petang kelmarin ketika anaknya pulang ke rumah sambil membawa buah rambai yang diambilnya daripada rumah seorang rakan di Tepoh, dekat sini, sebelum keluar bersama sepupunya untuk mandi di pantai.

“Saya diberitahu mengenai kejadian itu oleh seorang sepupu arwah yang turut mandi bersamanya. Ketika itu hanya Allah tahu bagaimana perasaan saya.

“Siapa yang tidak terkejut apabila menerima berita sedih seperti ini, apatah lagi ketika kita bergembira menyambut Aidiladha.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya ketika ditemui meninjau operasi mencari dan menyelamat anaknya di pantai terbabit, kelmarin.

Sepupu mangsa, Tuan Masri Tuan Musa, 26, berkata dia bersama lima sepupu, termasuk mangsa, mandi di pantai jam 6 petang kelmarin sebelum mangsa dilihat terkapai-kapai 20 minit kemudian.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s