180 Sertai KFC Regata Monsun Mulai Esok

KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) — Seramai 180 peserta dari 15 pasukan termasuk dari Singapura dan Thailand akan mengambil bahagian dalam kejohanan perahu layar KFC Regata Monsun 2012 di Pulau Warisan di sini selama empat hari mulai Khamis.

Kejohanan merupakan acara awal sebelum Piala Monsun diadakan di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong mulai 3 hingga 8 Dis ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perahu Layar Terengganu (Tesa), Rashid Mohd Nor berkata 13 pasukan tempatan yang mengambil bahagian dalam KFC Regata Monsun ialah dari Sabah, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan skuad kebangsaan.

Sebanyak empat kelas dipertandingkan iaitu optimis bawah 15 tahun lelaki dan perempuan, laser, international 420 dan windsurfing.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM25,000 ini dianjurkan oleh Tesa dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu dan ditaja bersama T-Best dan KFC Holding.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s