Mesyuarat darurat Ahad ini tentukan nasib Butler

KUALA TERENGGANU 7 Nov. – Satu “mesyuarat darurat” akan diadakan Ahad ini bagi menentukan nasib Peter Butler sama ada akan terus melatih skuad Penyu atau tidak di musim depan.

“Jawatankuasa Tertinggi PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) akan mengadakan sidang yang dipanggi mesyuarat darurat Ahad ini bagi memutuskan nasib bekas jurulatih itu kerana PBSNT telah bersetuju secara perjanjian tanpa kontrak, sah memilih bekas ketua jurulatih Felda United, E. Elavarasan untuk mengendalikan skuad Terengganu musim 2013,” kata Yang Dipertua PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.

Elavarasan dijangka menamatkan kontraknya bersama Felda United penghujung November ini.

“Butler datang berjumpa saya pagi ini dan kita telah berbincang, tetapi tidak ada apa persetujuan yang kita capai secara mutlak,” kata Che Mat kepada pemberita.

Butler telah dikenakan tindakan gantung selama enam bulan kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa dua pemain Terengganu telah melanggar peraturan, tanpa memberitahu pihak pengurusan terlebih dahulu.

Beliau bagimanapun merayu keputusan PBSNT itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuat keputusan tindakan penggantungan dan memecatnya sebagai tidak sah.

Che Mat berkata pada hakikatnya PBSNT telah memecat Butler.

 

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s