Dua Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung Dalam Kes Bunuh Mangsa Minum Racun

KUALA TERENGGGANU, 14 Nov (Bernama) — Dua penoreh getah terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan membunuh seorang lelaki yang juga penoreh getah dengan memaksanya meminum racun dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu ekoran kegagalan pihak pembelaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat mensabitkan kes prima facie ke atas Mat Ubidi Osman, 41 dan rakannya Kamarulzaman Mamat, 27, atas sabitan membunuh Muda Mohd.

Dalam penghakimannya, Mohd Yazid berkata pihak pendakwaan membuat empat intipati selepas beberapa saksi dipanggil memberi keterangan iaitu intipati pertama dan kedua iaitu Muda meninggal dan meninggal kerana racun tidak disangkal pihak mahkamah.

Bagaimanapun, intipati ketiga iaitu tertuduh pertama dan kedua memaksa mangsa meminum racun ditolak apabila pihak pendakwaan gagal mensabitkan kedua-dua tertuduh melalui keterangan saksi.

Intipati keempat juga ditolak mahkamah apabila pihak pendakwaan gagal mensabitkan kedua-dua tertuduh dengan niat bersama melakukan kesalahan tersebut.

Kedua-dua intipati itu ditolak apabila terdapat beberapa saksi pendakwaan memberikan keterangan bercanggah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s