Ismail Tokoh Maal Hijrah

MOHD. Ridzuan Ang Abdullah menerima anugerah Tokoh Aktivis Saudara Kita sempena sambutan Maal Hijrah Terengganu 2012 di Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 15 Nov. Utusan – Bekas Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Ismail Ali hari ini diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2012 peringkat negeri Terengganu.

Ismail, 70, tokoh kelahiran Kampung Tanjung Sabtu, Manir itu menerima hadiah wang tunai RM10,000 selain piala pusingan dan sijil penghargaan.

Beliau yang kini aktif sebagai penceramah dan pendakwah menerima hadiah itu daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Mohd. Rozali Salleh.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Agama, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s