Terengganu Sedia Terima Kedatangan 4 Juta Pelancong Sempena TMT 2013

KUALA TERENGGANU, 19 Nov (Bernama) — Terengganu bersedia menyambut kedatangan kira-kira empat juta pelancong yang disasarkan sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata untuk menampung kedatangan pelancong itu beberapa hotel baharu diwujudkan, di negeri ini.

“Hotel-hotel baharu yang telah beroperasi seperti Hotel Sumai, Tanjung Vista, Permai Inn yang diubahsuai dengan penambahan bilik, selain hotel-hotel bajet.

“Sempena TMT 2013 juga, kita telah meluluskan pembinaan sebuah taman tema di kawasan seluas empat hektar oleh pihak swasta di Bukit Bauk, Dungun. Pengusaha telah mempunyai resort di situ (Bukit Bauk) dan mereka akan bangunkan taman tema di sebelahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian pameran Islamik 2012 di Kompleks Muzium negeri di sini, Isnin. Turut hadir pada majlis itu Pengarah Muzium Mohd Yusof Abdullah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s