Hazwan Hazim Ungguli Pusingan Kelayakan Awal Mmrc Di Pulau Duyong

KUALA TERENGGANU, 28 Nov (Bernama) — Pasukan Permai Hotel Match Racing yang diketuai Hazwan Hazim Dermawan mengungguli pusingan kelayakan awal Sirkit Terakhir Match-Racing Malaysia (MMRC) 2012 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di Pulau Duyong di sini Rabu.

Pada perlumbaan tiga hari bermula hari ini, pasukan Hazwan Hazim, yang merupakan juara MMRC 2009, membuat kejutan apabila menyapu bersih empat pusingan selepas menewaskan pasukan pilihan, juga juara bertahan (2010 dan 2011), Jeremy Koo dari KFC Malaysia/Koo Racing Team yang merupakan pendahulu dalam tiga sirkit sebelumnya.

Skiper kelahiran Johor berusia 25 tahun ini turut mengenepikan cabaran bekas juara MMRC edisi 2008, Nurul Ain Md Isa (Ri-Yaz Heritage Sailing), Masyuri Rahmat (Royal Malaysian Navy Match Racing Team 1) serta pandatang baru, Mohd Saifullah Mohd Esa (Terengganu Sailing Team).

Seramai enam pasukan mengambil bahagian pada sirkit keempat tersebut bagi mendapatkan tiket ‘wildcard’ untuk menyertai Piala Monsun 2012 di Terengganu dari 3 hingga 8 Dis.

Pusingan kelayakan pertama akan diteruskan dengan masih berbaki lima pusingan dan dijangka tamat esok, bergantung kepada keadaan angin untuk meneruskan kelayakan seterusnya dan berakhir Jumaat ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s