Lelaki Menyamar ‘Perisik Kastam’ Dibelasah Orang Awam Sebelum Ditangkap Polis

KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama)– Gara-gara menyamar sebagai pegawai risikan Kastam Diraja Malaysia seorang lelaki menerima padah setelah dibelasah sekumpulan penduduk Kampung Telaga Daeng, Sebarang Takir dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu suspek berusia 47 tahun bersama seorang rakan berusia 22 tahun pergi ke sebuah kedai runcit dan menggari seorang pembantu kedai berusia 22 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata kedua-dua suspek mengambil tindakan demikian dengan menunjukkan kad kuasa Kastam yang palsu selepas pembantu kedai tersebut enggan memberi mereka RM200 kerana didakwa menjual barangan seludup.

Bagaimanapun kejadian itu disedari pemilik kedai berusia 57 tahun yang kebetulan pergi ke kedai tersebut tidak lama kemudian.

“Pemilik kedai tersebut menyuruh suspek melepaskan pembantu kedai yang juga anak saudaranya dan selepas itu berlaku pergelutan antara mereka.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s