PPNT Labur RM300,000 Dalam Bidang Tanaman Vitato

Oleh Ibrahim Abu Bakar

KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) akan melabur RM300,000 dalam sektor penanaman ubi keledek vitato di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Rhu Tapai, Setiu, awal tahun depan.

Pengurus Besarnya, Sawalludin Ahmad berkata projek itu akan melibatkan kawasan seluas 33.5 hektar, yang akan ditanam secara berperingkat-peringkat bermula Mac tahun depan.

“Kita telah berbincang dengan Jabatan Pertanian negeri untuk menjadikan kawasan itu sebagai estet mini vitato PPNT bagi memastikan pengeluaran ubi keledek vitato keluar sepanjang masa,” katanya kepada Bernama.

Sawalludin berkata mengikut perancangan PPNT mewujudkan estet mini ubi vitato itu ialah untuk dibekalkan ubi tersebut kepada kilang memproses vitato di Gong Machang, Mukim Tembila Besut.

Beliau berkata kilang yang berharga mencecah RM5 juta itu dijadualkan mula beroperasi pertengahan tahun depan setelah mesin memproses dan lain-lain dimasukkan nanti.

Katanya kilang itu berupaya memproses empat tan metrik ubi keledek vitato segar sehari dan menghasilkan 1.0 tan tepung sehari.

Ia merupakan kilang memproses ubi keledek vitato pertama milik PPNT di negeri itu.

Beliau berkata estet mini vitato PPNT di Rhu Tapai itu nanti dijangka mengeluarkan hasil 20 tan metrik setiap hektar atau lebih 660 tan metrik apabila 33.5 hektar ditanam nanti.

Sawalludin berkata PPNT tidak bercadang menyerahkan kawasan estet mini itu dikerjakan oleh individu atau pun kumpulan tertentu, sebaliknya PPNT akan mengusahakannya sendiri secara korporat.

“Kita akan mengaji orang bekerja dan keutamaan akan diberikan kepada penduduk berdekatan,” katanya.

Buat permulaan, PPNT bercadang memajukan estet mini itu seluas kira-kira 10 hektar terlebih dahulu dan diikuti 10 hektar berikutnya supaya pengeluaran ubi vitato berterusan.

Beliau berkata ini penting kerana PPNT tidak mahu operasi kilang memproses vitato di Gong Macang itu terhenti disebabkan bekalan ubi keledek vitato terputus.

Sawalludin berkata pihaknya menjangka para penanam ubi keledek vitato persendirian di Terengganu, khususnya di Besut, tidak akan menjual ubi keledek vitato kepada PPNT untuk diproses sebab PPNT terpaksa beli dengan harga yang murah.

Beliau berkata estet mini PPNT itu akan dibangunkan di kawasan tanah beris kerana ia amat sesuai dengan tanaman ubi keledek vitato dan PPNT menggunakan air penyembur bagi memastikan kesuburan tanaman.

Katanya ubi keledek vitato ini hanya ditanam di negeri Terengganu dan Kelantan kerana kedua-dua negeri itu mempunyai banyak tanah beris.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s