Terengganu Catat 695 Kes Demam Denggi Dalam Tempoh 11 Bulan Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Kes demam denggi di Terengganu meningkat dalam tempoh 11 bulan pertama ini dengan mencatatkan 695 kes berbanding 612 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Anwa Sulaiman berkata daripada jumlah itu, 649 kes adalah kes demam denggi biasa manakala 46 kes lagi adalah kes demam denggi berdarah.

“Kuala Terengganu mencatat kadar kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 255 kes diikuti Besut (123), Dungun (103), Kemaman (87), Hulu Terengganu (56), Marang (49) dan Setiu (22).

“Bagaimanapun, kita bernasib baik kerana tiada lagi kes kematian dilaporkan setakat ini berbanding satu kes kematian pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Derma Kemanusiaan anjuran JKNT di sini, Khamis.

Katanya ketika ini, kes demam denggi di Terengganu masih dalam keadaan terkawal apabila tiada kawasan wabak penyakit itu direkodkan berbanding 13 kawasan wabak yang dikesan pada awal tahun.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s