UniSZA Anjur Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari

KUALA TERENGGANU, 29 Nov (Bernama) — Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan seminar antarabangsa al-Quran dalam masyarakat kontemporari selama dua hari mulai Sabtu ini.

Dekan FPKI Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata seminar itu bertema “Menjana Tranformasi Bertunjangkan al-Quran” bertujuan membincangkan isu-isu kontemporari menurut perspektif al-Quran.

Ini sebagai bukti ketinggian fungsi al-Quran dan kerelevanannya sebagai rujukan berautoriti dan autentik bagi segenap aspek kehidupan manusia, katanya.

Beliau berkata perbahasan dimensi ilmu dalam al-Quran diharap dapat menjadi medium untuk menterjemahkan kedudukan al-Quran sebagai tonggak transformasi pembangunan manusiawi.

Katanya, seminar di UniSZA itu merupakan seminar dwitahunan anjuran FPKI dan seminar kali ini merupakan siri yang ketiga dianjurkan yang merupakan kesinambungan daripada seminar antarabangsa Qiraat dan Qurra (2010).

Seminar itu diadakan dengan kerjasama World of Islamic Sciences and Education Universiti (WISE) Jordan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Agama, Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s