Dua Maut Kenderaan Dipandu Bertembung Di Besut

BESUT, 12 Dis (Bernama) — Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu masing-masing bertembung dalam kejadian di Jalan Penarik-Kampung Raja, berhampiran sempadan daerah Besut-Setiu, Selasa malam.

Tuan Amir Hamzah Tuan Marzuki, 19, yang memandu kereta jenis Proton Aeroback maut di tempat kejadian manakala Md Shariff Abdul Manaf, 40, pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.

Pengawal Balai Bomba Besut Rosmadi Jusoh yang mengesahkan kejadian, berkata kemalangan berlaku pukul 8.30 malam dan pihaknya menerima panggilan kira-kira 20 minit selepas itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya Tuan Amir berasal dari Kampung Beting Lintang di sini, manakala Md Shariff dari Taman Jaya, Semarak, Pasir Putih, Kelantan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu Md Shariff memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Tuan Amir, ketika cuba memotong sebuah lori.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s