Jurubahasa Kerugian RM300,000 Disamun Lelaki Bersenjata Di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Dis (Bernama) — Seorang jurubahasa wanita kerugian kira-kira RM300,000 setelah disamun empat lelaki bersenjatakan parang yang memecah masuk kediamannya di Taman Semarak di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang berumur 32 tahun, bersama ibunya berada di tingkat atas kediaman berkenaan sebelum didatangi empat penjenayah yang bersenjata dan bertopeng.

Katanya seorang daripada suspek bertindak mengikat mangsa bersama ibunya sebelum menyamun beberapa buah telefon bimbit, komputer riba, barangan kemas serta wang tunai dan kemudian menyuruh mangsa membuka peti besi.

“Mangsa bagaimanapun enggan dan cuba memperdayakan suspek dengan mengatakan kunci peti besi berkenaan berada di dalam kereta,” katanya ketika dihubungi Selasa.

Berang dengan jawapan itu, katanya suspek bertindak memukul dan menumbuk mangsa selain cuba memenggal kepala anak saudaranya berusia empat tahun yang berada di ruang tamu.

Manoharan berkata selepas merayu supaya anak saudaranya itu dilepaskan, mangsa membuka peti besi dan menyerahkan barangan berharga di dalamnya kepada suspek yang kemudiannya melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s