Syarikat Rugi Lebih RM300,000, Penutup Tangki Air Dicuri

BESUT, 11 Dis (bernama) — Syarikat Air Terengganu (SATU) kerugian lebih RM300,000 selepas kira-kira 40 keping bumbung penutup dan alatan penyokong tangki air diperbuat daripada aluminium di Bukit Kecil Baru dekat Kampung Batang Gergaji Jabi di sini dilarikan pencuri.

Kejadian kali keempat ini yang terbaru malam tadi dipercayai dilakukan dengan menebuk pagar tangki berkenaan sebelum menceroboh masuk dan melarikan kepingan aluminium terbabit berukuran 1.2 meter X 2.4 meter dengan tujuan untuk dijual.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian tersebut dan telah menerima laporan daripada pihak terbabit.

Beliau berkata tangki air terbabit terletak di atas bukit yang hanya 120 meter dari jalan utama Kuala Terengganu-Jerteh.

Menurut Kamaruddin, tangki air berkenaan dibina pada tahun 1992 dengan kemampuan menampung 4,545 metrik padu air bagi keperluan penduduk di beberapa buah kampung sekitar DUN Jabi.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s