Hospital Baru Bakal Ganti Yang Lama Di Dungun

KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) — Sebuah hospital baru bernilai kira-kira RM150 juta bakal dibina tidak lama lagi menggantikan hospital sedia ada di Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata hospital itu dibina menerusi peruntukan khas Kementerian Kewangan Malaysia secara ‘Private Financing Initiative’ (PFI).

Katanya fasa pertama pembinaan hospital itu akan bermula pada pertengahan tahun depan dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan seluruhnya.

“Bagi peringkat permulaan kita akan menempatkan sebanyak 108 katil sebaik sahaja hospital itu siap,” katanya selepas sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri di sini pada Rabu.

Sebelum itu, semasa sesi penggulungan, Dr. A. Rahman (BN-Kuala Besut) berkata, biarpun hospital baru akan dibina di Dungun, kerajaan negeri masih bercadang untuk mengekalkan hospital asal yang terletak di tengah-tengah bandar Dungun.

“Hospital sedia ada itu kita mungkin guna untuk tujuan lain termasuk pemeriksaan kesihatan dan sebagainya. Bagaimanapun, ia belum diputuskan lagi buat masa ini,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s