PBT Di Terengganu Digesa Pantau Mutu Perkhidmatan Kutipan Sampah

KUALA TERENGGANU, 12 Dis (Bernama) — Mutu perkhidmatan kutipan sampah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini perlu dipantau kerana terdapat kontraktor yang dilantik PBT gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) berkata PBT juga perlu mengenakan denda kepada kontraktor yang gagal menyempurnakan tugas mereka kerana sampah yang tidak dikutip menimbulkan keadaan yang tidak selesa kepada penduduk.

“Kadang-kadang sampah di beberapa kawasan perumahan tidak dikutip selama tiga hari, malah sehingga seminggu…lebih teruk apabila terdapat lori sampah yang sudah rosak, sudah bocor hingga menyebabkan air dari timbunan sampah dalam lori mengalir di atas jalan,” katanya dalam sesi perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Sempena penganjuran Tahun Melawat Terengganu (TMT 2013) tahun depan, isu kebersihan ini perlu diambil perhatian serius kerana kebersihan adalah antara faktor utama kedatangan pelancong ke sesebuah tempat, katanya.

Sementara itu, Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) meminta kerajaan negeri mempromosikan beberapa kawasan pelancongan iaitu Air Panas La dan Lata Tembakah sempena TMT 2013 dengan menaik taraf kemudahan di kawasan berkenaan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s