Keluarga Kembar Siam Di Terengganu Terus Dapat Bantuan Maidam

KEMAMAN, 13 Dis (Bernama) — Keluarga kembar siam pertama di Terengganu terus mendapat perhatian dan bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) yang menghulurkan sumbangan kewangan RM1,500 dan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka sekeluarga.

Penolong Kanan Setiausaha Pengurusan Zakat Maidam, Nazli Ngah berkata pihaknya berharap sumbangan itu dapat membantu keluarga tersebut menjalani hidup dengan lebih selesa dan memastikan kedua-dua bayi kembar siam berkenaan mendapat penjagaan yang baik.

“Keseluruhannya, Maidam telah memperuntukkan RM37,500 kepada keluarga ini termasuk membina sebuah rumah yang berharga RM35,000 manakala bakinya diberi dalam bentuk wang tunai untuk urusan harian keluarga ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan di rumah Zulkifli Ngah dan isterinya, Noraini Mohamad iaitu ibu bapa bayi kembar siam Nur Syazwanie dan Nur Syazrinie di Kampung Bukit Kuang di sini hari ini.

Nazli yang menyertai Konvoi Kembara Zakat Zon Pantai Timur anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta tiga jabatan agama dari Pahang, Terengganu dan Kelantan itu menjelajah ketiga-tiga negeri itu untuk menyampaikan bantuan kepada penerima asnaf zakat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s