Pemuda Maut Kena Renjatan Elektrik Ketika Cuba Curi Kabel TNB

BESUT, 13 Dis (Bernama) — Seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas terkena renjatan elektrik berkuasa 11,000 watt ketika cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawangan Kubang Ikan Besut dekat Kampung Gong Bayor di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian pukul 10.30 malam itu, mangsa yang percayai penagih dadah dari Kampung Tempinis dekat sini, ditemui mati dengan kedua-dua belah tangannya melecur di kawasan pencawangan oleh penduduk sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata mangsa telah memanjat tiang dan cuba memotong kabel yang diperbuat daripada tembaga di tiang pencawangan di situ apabila terkena renjatan elektrik.

Katanya mangsa datang ke tempat kejadian bersama seorang rakannya.

“Mangsa mungkin terkena renjatan elektrik dari alat transformer di tiang berkenaan menyebabkan mangsa jatuh ke tanah dan meninggal dunia”, katanya di sini pada Khamis.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s