Tangan jadi bengkak dan hitam

Oleh MANIRAH OTHMAN – manirah.othman@kosmo.com.my

NOR ARIF dijaga neneknya Tuan Kembang Tuan Muda di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.

Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.

Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.

Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak.

Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang.

“Apabila rasa sakit, anak saya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, saya bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s