Tangan kanan Nor Arif yang bengkak terpaksa dipotong

Kosmo

NOR ARIF masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terennganu.

KUALA TERENGGANU – Tangan kanan Nor Arif Luzman Nor Azhadi, 4, yang kehitaman dan bengkak selepas dibawa berjumpa bomoh patah tidak boleh diselamatkan lagi dan terpaksa dipotong.

Tangan kanak-kanak yang patah ketika kanak-kanak itu bermain di rumahnya di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu minggu lalu dikatakan sudah ‘mati’ kerana lewat menerima rawatan doktor.

Bapa kanak-kanak itu, Nor Azhadi Nordin, 35, ketika dihubungi memberitahu, buat sementara waktu, dia tidak mahu pihak hospital memotong tangan itu kerana tidak mahu anaknya kelihatan tidak normal.

“Walaupun sudah tidak dapat berfungsi tetapi sekurang-kurangnya anak saya masih ada tangan.

“Tetapi doktor ada beritahu kemungkinan jangkitan kuman yang boleh merebak ke organ lain dan menjejaskan keselamatan anak saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s