4 beranak rentung nahas

Oleh RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my

Jamshah Mustapa (kanan) melawat tempat kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas terbakar di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan IKBN Kemasik, Kemaman, Terengganu, semalam. – UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KEMAMAN 23 Dis. – Sembilan hari sebelum kalendar 2012 melabuhkan tirai, satu lagi nahas ngeri meragut nyawa empat beranak yang rentung selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres dan terbakar, awal pagi ini.

Kemalangan maut yang menyayat hati itu berlaku di Kilometer 125.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Ini merupakan nahas keenam sepanjang tahun ini yang melibatkan mangsa rentung dan sebanyak 13 nyawa terkorban dalam kesemua nahas itu di seluruh negara.

Mangsa sempat jerit minta tolong

KEMAMAN 23 Dis. – Salah seorang penumpang bas ekspres yang terlibat dalam nahas meragut nyawa empat beranak dalam sebuah kereta di Kemasik awal pagi ini memberitahu, dia sempat mendengar jeritan meminta tolong.

Wan Mohd. Al-Hakim Wan Yusoff, 27, memberitahu, beberapa ketika sebelum kejadian dia baru hendak melelapkan mata setelah berhubung dengan rakannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurutnya, tiba-tiba terasa bas dinaikinya itu terbabas ke kiri jalan dan terdengar dentuman kuat sebelum terdengar jeritan suara meminta tolong dari luar bas.

“Saya nampak sebuah kereta melanggar bas yang saya naiki dan pada masa yang sama terdengar jeritan meminta tolong dari dalam kereta itu. Saya tidak berani keluar setelah melihat api marak di depan bas.

“Pada waktu itu, saya hanya fikir bagaimana hendak selamatkan nyawa anak saya, Wan Mohd. Adam Al-Haqq yang jatuh dari tempat duduknya sebelum nampak kepulan asap di dalam bas,” katanya kepada pemberita di Hospital Kemaman hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s