Pantai Timur mula dilanda banjir

MOHD. FARA MOHD ARIF (kanan) bersama Mohd. Iskandar (kiri) dan Mohd. Amir Ridzuan Zawawi menyelamatkan motosikal yang ditenggelami banjir di Kampung Alor Rekam, Pulau Serai, Dungun semalam.

DUNGUN – Seramai 144 mangsa banjir melibatkan 26 keluarga dari lima buah kampung di daerah ini ditempatkan di tiga pusat penempatan sementara berikutan banjir yang mula melanda kawasan kediaman mereka pagi semalam.

Sehingga petang semalam, seramai 40 penduduk daripada tujuh keluarga yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Bukit Gedut, Pulau Serai dipindahkan kira-kira pukul 9 malam kelmarin. Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai di sini.

Seramai 34 mangsa melibatkan tujuh keluarga dari Kampung Tanjung Pagar pula dipindahkan ke balai raya kampung itu, manakala tiga keluarga dari Kampung Seberang Pintasan dipindahkan ke Dewan Sivik Seberang Pintasan.

 

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s