Bekas Pelajar SM Imtiyaz Dungun Penerima Pingat Emas Yayasan Terengganu 2012

KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) — Bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz Dungun, Muhammad Firdaus Hamzah, 18, terpilih sebagai Penerima Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2012 kerana kecemerlangannya dalam bidang akademik, sukan, kepimpinan pelajar dan agama.

Anak seorang pengusaha inap desa dan ahli perniagaan itu bukan sahaja berjaya memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, malah kecemerlangannya terserlah apabila berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran.

Beliau turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, sehelai kot, sebuah komputer riba, pingat emas dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di majlis penganugerahan di Taman Tamadun Islam di sini.

Muhammad Firdaus berkata kejayaan itu adalah hadiah kepada kedua ibu bapanya yang memberi harapan tinggi kepadanya untuk mencapai cita-cita sebagai seorang saintis.

“Prinsip saya sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan dan kejayaan manis ini adalah sebagai motivasi kepada semua pelajar untuk kita sama-sama menjadi aset berharga demi pembangunan negara,” kata anak keempat daripada enam beradik itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s