Musim Banjir: Pendaratan Ikan Di Terengganu Merosot

KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Bernama) — Tangkapan ikan di Terengganu semasa musim banjir ini sejak dua minggu lepas terjejas disebabkan banyak bot tidak keluar ke laut.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) Marzuki Abdul Jalil berkata daripada 72,000 metrik tan tangkapan sebulan, hanya baru 48 metrik tan didaratkan dalam tempoh dua minggu ini.

“Sekarang ini kita bergantung kepada bekalan dari luar Terengganu untuk menampung keperluan orang ramai di sini,” katanya kepada Bernama.

Menurut beliau Terengganu telah membawa masuk kira-kira 500 metrik tan atau 30 peratus ikan beku dari negeri lain di Semenanjung termasuk dari Thailand sejak dua minggu ini.

Marzuki yang juga peniaga ikan berkata beliau sendiri mempunyai tiga bot laut dalam dan buat masa ini kesemua bot berkenaan tidak beroperasi kerana keadaan tidak mengizinkan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s