Polis Sahkan Tiada Mangsa Korban Kejadian Tanah Runtuh Di Jabor

KEMAMAN, 26 Dis (Bernama) — Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Che Suza Che Hitam ketika dihubungi Bernama berkata jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Katanya dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s