54 Peserta 4×4 Terperangkap Di Sungai Kelmin Berjaya Diselamatkan

DUNGUN, 27 Dis (Bernama) — Seramai 54 orang peserta pacuan empat roda (4×4) dari Puma Club termasuk 17 kanak-kanak terpaksa melalui detik cemas apabila terperangkap di Sungai Kelmin, Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun sejak empat hari lalu ekoran laluan keluar dari tempat itu ditenggelami banjir.

Difahamkan, jambatan yang menghubungkan kawasan perkhemahan mereka runtuh akibat arus deras Sungai Loh menyebabkan kesemua mereka yang datang dari Melaka, Johor dan Perak itu terperangkap.

Namun kesemua mereka berjaya dibawa keluar Khamis dengan bot oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam operasi yang bermula pada 2 petang semalam dan berakhir 4 petang tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba AMBS, Imran Ismail berkata kesemua mangsa yang menaiki 17 kenderaan 4×4 itu berjaya diselamatkan dengan dua bot secara berperingkat oleh 12 anggota yang terlibat.

Katanya kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat bagaimanapun terdapat beberapa peserta mengalami luka kecil.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s