Dua maut rempuh tiang, pokok dan pondok bas

kemalangan - jambu bongkok28dec2012MARANG 28 Dis. – Dua sahabat maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas lalu merempuh tiang elektrik, pokok dan pondok menunggu bas di Kilometer 52 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Jambu Bongkok, di sini pagi ini.

Dalam kejadian pada 7.50 pagi itu, mangsa Jamiluddin Zaiton, 28, dan Shahrul Nazim Mohd Azmi, 19, maut di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan berkata dua sahabat yang berasal dari Johor itu sedang dalam perjalanan dari Dungun ke Kuala Terengganu dan dipercayai baru pulang dari kampung halaman mereka.

Katanya kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh dua batang tiang elektrik, sebuah pondok bas dan pokok di tepi jalan.

“Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa terpelanting sejauh 30 meter sebelum terbalik,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s