Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Kemaman

KEMAMAN, 27 Dis (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok di sini, petang Khamis.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Timbalan Perdana Menteri dan rombongan terpaksa menggunakan lori Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke pusat pemindahan banjir sejauh dua kilometer dari Stadium Mini Kemaman dan ia ternyata menceriakan mangsa banjir yang ditempatkan di situ.

Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada mangsa serta melawat kawasan banjir di beberapa lokasi lain menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin bersama isterinya melawat mangsa banjir di Kelantan.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s