Seorang Wanita Yang Sedang Berpantang Harung Air Banjir Bersama Suami Dan Lima Anaknya

KEMAMAN, 27 Dis (Bernama) — Seorang wanita yang sedang dalam berpantang terpaksa mengharung air dan menaiki lori untuk menyelamatkan diri bersama suami dan lima anaknya apabila rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok dinaiki air semalam.

Norani Turimin, 38 tahun, yang baru melahirkan anak kelima, lapan hari lalu berkata beliau tidak menduga kawasan perumahan itu dilanda banjir dan hanya sempat menyelamatkan barangan elektrik yang dipindahkan ke tempat tinggi lebih awal.

“Dalam keadaan sakit, saya terpaksa mengharung air dan menaiki lori dalam keadaan gelap untuk pergi ke pusat pemindahan dan ini pengalaman yang tidak akan saya lupakan.

“Walaupun tak boleh menjalani proses berpantang seperti biasa, saya bersyukur kerana bayi saya selamat dan berharap banjir cepat pulih untuk kami kembali ke rumah,” katanya yang kini tinggal sementara di pejabat suaminya Hanafi Ramlan yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Air Putih dekat sini.

Sementara itu, seorang peniaga, Abdul Malek Abdul Syukor mendakwa ibunya, Zaiton Abdullah, 74 terpaksa ditinggalkan dalam van di sebuah surau di Gong Pauh di sini lebih 16 jam kerana usaha menempatkan ibunya di Hospital Kemaman gagal kerana keadaan terlalu sesak.

“Pukul 11 malam semalam, rumah saya di Taman Sri Pandan dinaiki air lalu saya bercadang menghantar ibu saya yang uzur kerana menghidap sakit lutut, kencing manis dan darah tinggi ke hospital kerana beliau tidak boleh berjalan mengharung air ke pusat pemindahan.

“Tambahan pula, beliau menggunakan lampin pakai buang dan memerlukan perhatian dari petugas kesihatan, namun saya kecewa kerana hospital enggan menerimanya,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s