Syarikat Pak Nor Satar Perlukan RM100,000 Untuk Mantapkan Perniagaan

KUALA TERENGGANU, 27 Dis (Bernama) — Syarikat Pak Nor Satar dan Otak-otak Enterprise, yang aktif dalam bidang pembuatan satar dan otak-otak, memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 untuk memantapkan syarikat tersebut.

Pengurus operasinya, Mohd Sahir Mohd Nor berkata pihaknya akan cuba mendapatkan pinjaman dari beberapa agensi kewangan bagi mencapai matlamat itu.

“Syarikat ini sekarang tidak berjalan dengan baik kerana masalah kekurangan kewangan,” katanya kepada Bernama, sambil menyatakan bahawa wang itu diperlukan untuk menambah peralatan yang lebih moden bagi memproses satar dan otak-otak selain menambahkan modal kerja.

Katanya ia juga sebagai salah satu usahanya untuk mendapatkan sijil halal untuk meluaskan pasaran satar dan otak-otak ke pasaran global pada masa depan.

“Sebelum menembusi pasaran luar negara, kami berharap satar dan otak-otak kami ini akan memasuki pasaran di pasar raya dalam negara ini,” katanya, yang menjelaskan bahawa Syarikat Pak Nor Satar dan Otak-otak Enterprise perlu menangani beberapa masalah terlebih dahulu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s