Banjir: 900 Pelajar Dan Warga Kerja Sekolah dihalau Pulang

HULU TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) — Hari pertama sesi persekolahan 2013 bagi Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di sini hari ini, terbantut apabila sekolah itu dinaiki air menyebabkan kira-kira 900 pelajar, guru dan warga kerjanya terpaksa pulang ke rumah masing-masing.

Air banjir dikatakan mula memasuki kelas, dewan dan asrama sekolah tersebut pada pukul 8 pagi dan setakat petang tadi seluruh kawasan sekolah itu ditenggelami air sedalam dua meter.

Pengetuanya Mohd Yakin Mahmood memberitahu pemberita, hari ini dijadualkan untuk sesi suai kenal guru dan murid, namun disebabkan air naik begitu pantas sesi ditangguhkan serta kesemua diarah meninggalkan kawasan sekolah.

Pada awal pagi banjir hanya dikesan berhampiran dewan sekolah dan tidak menjejaskan kawasan lain, namun kira-kira pukul 8 pagi banjir mula merebak, katanya menambah arahan meninggalkan sekolah tersebut dibuat selepas mendapat kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT).

Setakat ini belum dapat dipastikan bila sekolah akan dibuka, katanya.

–BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s