Lapor Polis Sekalipun Babit Jenayah Kecil – Polis Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama)– Polis Terengganu meminta orang ramai, khususnya penduduk kampung agar tidak memandang remeh kes kecurian kecil dan membuat laporan polis jika ada insiden sedemikian di kawasan mereka.

Ketua Polis negeri Datuk Jamshah Mustapa berkata sikap pandang ringan itu boleh membawa perbuatan jenayah lebih besar jika tidak dibendung dari awal.

“Walau kes kecil, kita tetap ambil serius kerana bermula dengan kecurian kecil, jika dibiar pencuri itu akan terus berleluasa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Ahad.

Selain itu katanya, jika tiada laporan dibuat polis akan menganggap kawasan berkenaan bebas jenayah dan selamat.

“…bila ada maklumat kita akan membuat rondaan dan pemantauan di kampung terbabit sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah di negeri ini,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s