Polis Tingkat Rondaan Sempena TMT 2013

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama) — Polis Terengganu akan mempertingkat rondaan dan kawalan keselamatan di beberapa lokasi tumpuan pelancong di negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata langkah itu bagi menjamin tahap keselamatan pelancong tempatan mahupun luar negara yang berkunjung ke negeri ini.

Katanya pihaknya juga akan memperluas rondaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong seperti pusat peranginan serta di kawasan pantai selain beberapa lagi lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Inisiatif ini diambil dalam usaha mencegah perkara yang tidak diingini serta meyakinkan para pelancong untuk bertandang ke Terengganu,” katanya ketika dihubungi.

Jamshah berkata polis juga meronda menggunakan motosikal, kereta, berjalan kaki dan berbasikal di kawasan tumpuan pelancong.

“Saya percaya kehadiran anggota polis dengan berbasikal akan memudahkan orang awam terutama pelancong yang mengalami kesulitan mendapatkan maklumat atau bantuan,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s