Api misteri bakar rumah

Oleh SAPEE MAT JUNUS berita@kosmo.com.my

Dua jiran mencari barangan berharga daripada sisa kebakaran rumah Alias (kanan) di Kampung Beris Kijal Nenas dekat Kemaman semalam.

KEMAMAN – Sebuah rumah milik seorang peniaga makanan di Kampung Beris Nenas, Kijal dekat sini hangus terbakar tengah hari semalam dipercayai berpunca daripada kemunculan api misteri sejak Khamis lalu.

Pemiliknya, Alias Ahmad, 43, mendakwa, tragedi malang itu berlaku pada pukul 11.30 pagi apabila api misteri itu membakar hangus rumahnya dalam masa 15 minit.

Lebih mencetuskan misteri ialah api tersebut muncul secara tiba-tiba dari arah bilik air rumah peniaga makanan berkenaan.

“Api misteri itu merebak dan membakar keseluruhan rumah dengan begitu cepat sekali sehingga menyebabkan saya sekeluarga panik,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menjelaskan lebih lanjut, Alias berkata, dia mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati api misteri muncul pada pukul 5 pagi Khamis lalu dan membakar apron yang diletakkan di dapur.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s