Buku Loghat Bantu Promosi Tahun Melawat Terengganu 2013

KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama) — Buku kosa kata ‘Kenali Loghat Terengganu’ yang mengandungi himpunan dialek negeri ini akan dimanfaatkan untuk membantu promosi Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT13), kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said.

Beliau berkata buku itu boleh dijadikan ‘ole-ole’ TMT13 dan akan diberikan kepada agensi pelancongan, pemandu pelancong dan agensi kerajaan.

“Kerajaan negeri juga sudah mengambil beberapa langkah untuk ‘mengantarabangsakan loghat Terengganu’, termasuk melantik pelakon, pengacara, penyanyi dan pelawak terkenal yang juga anak jati Terengganu, Zizan Razak sebagai Duta TMT13.

“Buku ini juga sebahagian langkah kerajaan negeri mempopularkan dialek negeri ini kepada masyarakat luar dan pelancong yang akan memudahkan mereka berinteraksi dengan penduduk di sini,” katanya pada majlis pelancaran buku karya sasterawan Terengganu Tuan Sharif Tuan Putera, di sini hari Ahad.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Bahasa & Kesusasteraan, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s