Besut Terpilih Sebagai Destinasi Program ‘My Kampung My Future’

BESUT, 20 Jan (Bernama) — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memilih daerah Besut sebagai destinasi dalam program ‘My Kampung My Future’ (MKMF) bagi menghidupkan ekonomi penduduknya melalui aktiviti pertanian.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mohamad Hashim Abdullah ketika mewakili Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada majlis penyampaian wang ehsan kepada petani di sini Khamis lepas.

“Untuk itu, Pejabat Daerah Besut telah mengenal pasti beberapa buah kampung untuk dimajukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memulakan program tersebut secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kenduri Warga Pendidikan Besut di Sekolah Pusat Jerteh pada Ahad.

Setakat ini, kementerian berkenaan memulakan program MKMF di tiga lokasi iaitu Kampung Gedong (Sarawak), Kampung Marutai (Sabah) dan Batu Gajah (Perak).

Idris berkata pihaknya akan memperkenal projek ternakan ayam dan itik secara organik, sayuran organik, ternakan air organik serta pelancongan di kampung yang bakal dipilih untuk Program MKMF di Besut.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s