Lions XII rebah di kaki T-Team

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM amir.azam@kosmo.com.my

CALEB (dua dari kanan) kurang menyerlah pada aksi menentang Lions XII di Kuala Terengganu semalam.

PENGENDALI T-Team, Peter James Butler mengotakan janjinya untuk mengejutkan Lions XII dalam saingan liga Super.

Semalam, T-Team meraih kemenangan 1-0 ke atas wakil Singapura itu pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Gol kemenangan The Titans hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mohd. Badrul Hi- syam Morris pada minit ke-73.

Skuad kendalian Butler memperoleh sepakan penalti apabila salah seorang pertahanan Lions XII tertampan bola dalam petak penalti.

Butler memberitahu, anak-anak buahnya berhak memperoleh tiga mata penuh pada perlawanan tersebut kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.

“Sudah pasti saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan semua pemain pada perlawanan hari ini (semalam). Kita berhak memperoleh tiga mata penuh kerana para pemain telah menunjukkan persembahan yang lebih baik,” ujarnya.

Mengulas mengenai penyerang import, Caleb Folan yang dikeluarkan pada babak kedua, Butler memberitahu, pemain itu mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan tersebut.

“Kalau saya mengetahui dia mengalami kecederaan, saya tidak akan menyenaraikan dalam kesebelasan utama tetapi Caleb tetap bersemangat untuk turun bagi membantu pasukan memusnahkan impian Lions XII.

“Kita pasti akan kembali lebih garang selepas ini dengan kehadiran semula George Boateng yang dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan,” ujarnya.

Begitupun, Butler mengakui kecewa dengan persembahan Caleb sepanjang lima perlawanan dalam saingan Liga Super setakat ini meskipun dia mudah untuk menyesuaikan diri dengan rentak permainan yang diterapkan.

“Dia (Caleb) masih belum mempamerkan aksinya yang sebenar tetapi kami akan memberi dia masa untuk mengembalikan prestasi serta keyakinannya,” katanya.

Sementara itu, pengendali Lions XII, V. Sundram Moorthy berkata, beliau akan menilai semula tayangan video sama ada bola terkena tangan anak buahnya pada perlawanan menentang T-Team.

“Saya merasakan keputusan seri adalah adil pada perlawanan petang ini (semalam). Saya berpuas hati dengan prestasi semua pemain walaupun beberapa tonggak utama tidak dapat beraksi pada perlawanan ini akibat kecederaan.

“Apa pun, saya akan melihat semula ulang tayang perlawanan ini, itu yang penting sekali. Saya juga tidak boleh mengubah keputusan hari ini (semalam) dan perlu meneruskan saingan Liga Super,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz2InQi7TTl
Hakcipta terpelihara

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s